Majlis tersebut diadakan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Penasihat Encik Jusni bin Ismail dan mantan Pengerusi Puan Fatimah binti Abdul Hamid yang telah bertungkus-lumus hampir 3 tahun dalam menggerakkan Persatuan PUSPANITA Daerah Barat Daya ini. Majlis tersebut diadakan di Restoran Bangkok Tom Yam Bayan Lepas yang dihadiri seramai 30 orang termasuklah AJK dan Ahli Puspanita DBD. Majlis yang diadakan dengan begitu meriah sekali dengan penyerahan cenderahati kepada mantan Penasihat dan Pengerusi serta timbal balas cenderahati kenangan dari mantan Pengerusi Puspanita kepada AJK Puspanita yang hadir di majlis tersebut. Majlis tersebut bermula pada jam 2.00 tengahari dan bersurai pada 4.00 petang.
0 comments:
Post a Comment