Untuk makluman kepada semua AJK dan Ahli PUSPANITA Daerah Barat Daya satu lawatan ke SUK Negeri Kedah, persinggahan ke Butik Pengantin Pengerusi PUSPANITA Daerah Barat Daya dan Padang Besar Perlis yang akan diadakan pada 19 Oktober 2011. Lawatan ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara PUSPANITA Daerah Barat Daya dan PUSPANITA Alor Setar Kedah dalam mengenali persatuan masing-masing. Disamping dapatlah AJK dan Ahli PUSPANITA yang lain mencambah minda dan merehatkan minda dengan adanya lawatan tersebut ke destinasi-destinasi menarik yang terdapat dalam jadual perjalanan.
Thursday, October 13, 2011
Selamat Datang Diucapkan Kepada Penasihat Dan Pengerusi PUSPANITA Daerah Barat Daya
Selamat Datang ke PUSPANITA Daerah Barat Daya kepada Penasihat Encik Mohamad Daud bin Abdull Hamid dan Pengerusi Puan Fazilah binti Abdullah pada 8 Ogos 2011. Semoga dengan adanya Penasihat dan Pengerusi baru ini diharapkan PUSPANITA Daerah Barat Daya ini akan mengorak langkah maju dan semakin aktif dengan aktiviti-aktiviti yang rancangkan dan dijadualkan berjalan dengan jayanya.
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENASIHAT DAN PENGERUSI PUSPANITA DBD PADA 27 JULAI 2011
Majlis tersebut diadakan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Penasihat Encik Jusni bin Ismail dan mantan Pengerusi Puan Fatimah binti Abdul Hamid yang telah bertungkus-lumus hampir 3 tahun dalam menggerakkan Persatuan PUSPANITA Daerah Barat Daya ini. Majlis tersebut diadakan di Restoran Bangkok Tom Yam Bayan Lepas yang dihadiri seramai 30 orang termasuklah AJK dan Ahli Puspanita DBD. Majlis yang diadakan dengan begitu meriah sekali dengan penyerahan cenderahati kepada mantan Penasihat dan Pengerusi serta timbal balas cenderahati kenangan dari mantan Pengerusi Puspanita kepada AJK Puspanita yang hadir di majlis tersebut. Majlis tersebut bermula pada jam 2.00 tengahari dan bersurai pada 4.00 petang.
Wednesday, April 20, 2011
JEMPUTAN KE MESYUARAT AJK BIL.2/2011
Sukacita dimaklumkan bahawa kepada semua Ahli Jawatankuasa PUSPANITA DBD, Pulau Pinang, anda dijemput ke Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA yang akan diadakan pada :
Tarikh : 21 April 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Teratai, Pejabat Daerah & Tanah, Daerah Barat Daya
Agenda Mesyuarat
i. Ucapan Pengerusi
ii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.1/2011
iii. Perkara-perkara berbangkit
iv. Hal-hal lain
Diharapkan puan-puan/cik dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran puan-puan/cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
:)
Tarikh : 21 April 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Teratai, Pejabat Daerah & Tanah, Daerah Barat Daya
Agenda Mesyuarat
i. Ucapan Pengerusi
ii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.1/2011
iii. Perkara-perkara berbangkit
iv. Hal-hal lain
Diharapkan puan-puan/cik dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran puan-puan/cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
:)
Tuesday, March 1, 2011
LAWATAN KE SWEET TOUCH CERAMIC
Biro Lawatan dan Sosial PUSPANITA Daerah Barat Daya, Pulau Pinang akan mengadakan aktiviti Lawatan ke Kilang Sweet Touch Ceramic, Kulim, Kedah pada :
Tarikh : 7 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat berkumpul : Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Jumlah : 30 orang
Kepada yang berminat untuk menyertai, sila hubungi Puan Noor Husna (PDTDBD) untuk keterangan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
:)
Tarikh : 7 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat berkumpul : Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Jumlah : 30 orang
Kepada yang berminat untuk menyertai, sila hubungi Puan Noor Husna (PDTDBD) untuk keterangan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
:)
Thursday, February 17, 2011
JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya serta PUSPANITA Daerah Barat Daya akan menganjurkan "Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul", pada :
Tarikh : 25 Februari 2011 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya
Sehubung dengan itu, semua ahli PUSPANITA serta yang berkenaan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian, terima kasih.
:)
Tarikh : 25 Februari 2011 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya
Sehubung dengan itu, semua ahli PUSPANITA serta yang berkenaan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian, terima kasih.
:)